EVAS Char Char Argan Oil Hair Care Set - Shampoo Argan Oil Terbaik Untuk Rambut Gugur!
11/11/2021 12:55am / By JH

EVAS Char Char Argan Oil Hair Care Set - Shampoo Argan Oil Terbaik Untuk Rambut Gugur, Kering, Tak Terurus & Rosak  |  Dengan keadaan rambut yang mula gugur ni, teringin juga untuk kuatkan semula tekstur rambut dari akar umbi. Lagipun, pemakaian tudung boleh menyebabkan kelemumur, suka ataupun tidak hendaklah mencari set penjagaan rambut yang sesuai. 

Dan dalam banyak-banyak produk hari teringin untuk mencuba minyak argan kerana argan oil ini, dari dulu hingga kini, aku selalu dengar yang minyak argan sangat bagus untuk rambut. 

Cari punya cari, terjumpa EVAS Char Char Argan Oil Hair Care Set yang terdiri dari syampu, perapi dan serum. EVAS Char Char Argan Oil Hair Care Set ini dirumus oleh minyak argan. 

Tahukah korang yang minyak argan ini telah digunakan untuk kecantikan tubuh dan rambut sejak zaman dahulu lagi. Minyak argan ini sangat terkenal dengan kebaikan dan kelebihannya dalam bidang kecantikan dan kesihatan. 
 
Apa itu Minyak Argan atau Argan Oil?  Argan Oil atau Minyak Argan berasal dari buah pohon Argan (Argania spinosa). 

Pohon argan ini ditemukan di Morocco, Afrika Utara. Pohon ini dilindungi oleh UNESCO dan telah ditemui sejak 150-200 tahun yang lalu. Pohon ini mampu mengeluarkan buah setelah berusia sekitar 30 hingga 50 tahun. 

Di dalam buah minyak argan ini, terdapat kacang kecil yang memberikan minyak argan. Untuk mendapatkan 1 liter minyak argan memerlukan 30 kilogram buah argan dan proses untuk mendapatkan ekstraknya mengambil masa selama 15 jam. 

7 Kelebihan Minyak Argan Pada Kulit Wajah, Tubuh Dan Rambut

Minyak Argan ini kaya dengan khasiat dan nutrien yang bermanfaat termasuklah asid lemak, antioksidan dan vitamin E. Jom ketahui apakah khasiat minyak argan. 

1. Kandungan antioksidan dalam argan oil dapat melindungi kulit dari radikal bebas yang disebabkan oleh sinar matahari.

2. Kandungan vitamin E di dalam minyak argan ini dapat menjadikannya sebagai pelembap untuk kulit dan rambut.  

3. Minyak argan juga dapat membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat. Penelitian menyatakan, argan oil mampu bantu kurangkan kadar 'sebum' pada kulit berminyak sehingga mampu mencegah serta mengatasi masalah jerawat.

4. kebaikan minyak argan untuk rambut pula, jika sering menggunakan produk minyak argan setiap hari, rambut boleh semakin kelihatan licin dan sihat bersinar. Minyak Argan ini dapat menghidrat rambut dengan cara semulajadi dan mengurangkan kekasaran rambut.
 
 
5. Minyak Argan mampu menembusi ke liang rambut serta meningkatkan pertumbuhan dan keanjalan rambut.

6. Anti-oksidan semulajadi yang terdapat dalam Minyak Argan mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih sel sel yang rosak.

7. Minyak Argan mampu merawat pertumbuhan rambut yang tidak terkawal serta tidak terurus.

8. Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9, Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.

 

EVAS Char Char Argan Oil Hair Care Set, Senang Guna & Berbau Wangi 

EVAS Char Char Argan Oil Hair Care Set mengandungi 3 produk iaitu :

Argan Oil Shampoo (1500 ml)
Argan Oil Conditioner (1500 ml)
Argan Oil Serum 

Pertama kali menggunakan syampu, perapi dan serum dari  EVAS Char Char Argan Oil Hair Care Set yang mengandungi minyak argan ini, aku agak terkejut dengan baunya yang sangat wangi. 
 
Shampoo minyak argan dengan kondisioner ini ternyata mampu membuatkan rambut lebih berkilau. Rasa yang mewah bagaikan sedang mendapatkan servis shampoo rambut di spa! 

Kandungan minyak argan yang tinggi dalam syampu EVAS Char Char Argan Oil ini membuatkan rambut terasa lembut selepas di syampu. 
 
 

Makin seronok, selepas guna Argan Oil Shampoo terus sambung dengan argan oil conditioner, semakin terasa best! Lembut, wangi, tidak berminyak dan terasa sangat puashati. 

5 Kelebihan Utama EVAS Char Char Argan Oil Hair Care Set 

#1 - Hair Protection, Scalp Improvement, Hair Root Enhancement

Melindungi rambut secara menyeluruh pada bahagian hujung rambut sehingga ke bahagian kulit kepala termasuk akar. 

#2 - Argan Ingredients Deeply Penetrates Into Hair

Minyak argan yang digunakan dapat menyerap masuk ke rambut untuk memberi hasil yang lebih baik. 
 

#3 - Giving Radiant Smooth Hair

Penggunaan yang berterusan akan menjadikan rambut lebih lembut, sihat dan bersinar. 
 

#4 - Organic Argan Oil Content

Mengandungi minyak argan yang bermutu tinggi

#5 - 1500ml Large Capacity Reasonable hair shampoo for the whole family usage

Saiz yang besar sangat berbaloi dan munasabah dengan harganya. Sesuai untuk digunakan oleh seisi keluarga.
 

Tekstur Lembut Tanpa Merosakkan Rambut

Tekstur shampoo minyak argan ini nampak sedikit melekit tetapi apabila terkena pada air ia akan terus berbuih. Baunya harum dan mudah untuk dibilas sehingga bersih dengan senang. 
 
Untuk perapi (conditionder) ia sedikit melekit tetapi lembut dan mudah dilurut ke rambut. Telapak tangan juga mudah di basuh dengan air. 
 
Untuk serum, ya ia agak melekit dan berminyak, sesuai dengan tekstur minyak argan itu sendiri. Walaubagaimanapun, ia berbau harum dan mudah dilurutkan pada keseluruhan rambut.
 
 

Kategori Pengguna Yang Disarankan Guna Shampoo Argan Oil EVAS 

Siapakah yang patut cuba guna shampoo minyak argan daripada EVAS ini? Antara mereka yang elok cuba shampoo minyak argan ini adalah : 
  • mereka yang ada masalah rambut kering 
  • mempunyai masalah rambut rosak akibat penggunaan produk yang salah 
  • rambut rosak akibat penggunaan 'hair dryer' yang kerap
  • mempunyai masalah rambut mudah gugur akibat akar rambut yang tidak kuat
  • masalah rambut terbelah dan pecah

Kandungan Yang Terdapat Di Dalam EVAS Argan Oil Shampoo & Conditioner 

 

Pernah Mencecah Jualan Sebanyak 3 Juta Pelanggan 

EVAS Char Char Argan Oil Hair Care Set dihasilkan dari minyak argan yang bersifat natural di Korea. Jadi shampoo ini boleh di beli secara online di seluruh Asia termasuk Malaysia. Hasil maklum balas dari para pengguna, ramai yang sangat berpuashati dengan hasilnya. 
 
Rata-rata memberitahu rambut kelihatan lebih sihat bermaya selepas menggunakan EVAS Char Char Argan Oil Hair Care Set ini. 
 
 
Bila baca semula semua kelebihan minyak argan pada rambut ini, ternyata khasiatnya sangat banyak dan tak hairanlah kenapa minyak argan sering digunakan sebagai perawatan rambut. 

Memang patut pun minyak argan ini popular dalam bidang kecantikan dan kesihatan kerana kebaikan minyak argan ini memang sangat banyak! 

Video Review Dari Sebahagian Pengguna - Rambut Lebih Lembut, Licin, Wangi & Terurus

Pengalaman Diri Sendiri Selepas Guna EVAS Char Char Argan Oil Hair Care Set 

Apa yang aku suka tentang Argan Shampoo ini, ianya dirumus dengan Minyak Argan yang berkualiti tinggi. Semua sudah maklum minyak argan memang bagus, jadi dapatlah bantu memperbaiki rambutku yang ada masalah keguguran ni. 

Minyak argan atau argan oil adalah salah satu minyak kecantikan yang terkenal di kalangan wanita Malaysia dan Asia, jadi bila ianya digunakan untuk penghasilan set penjagaan rambut begini, terasa lebih mudah untuk digunakan pada bila-bila masa. 

Shampoo minyak argan dengan set kondisioner untuk rambut lebih berkilau ini terasa mewah saat digunakan. Baunya juga harum. Makin bagus dengan adanya argan oil serum yang dirumus khas untuk bantu perbaiki masalah rambut bercabang, pecah dan berbuah.

Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan EVAS Char Char Argan Oil Hair Care Set ini, boleh terus buat pembelian dari pihak BEAUTYSTALL Malaysia melalui detail di bawah ini :
 

 

Chat