IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule - Sabun Basuh Baju Bentuk Kapsul Teknologi Japan!
10/18/2021 02:46am / By JH

IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule - Sabun Basuh Baju Bentuk Kapsul Teknologi Jepun | Basuh baju atau cuci pakaian sudah menjadi perkara biasa di rumah kita. Hampir setiap hari perlu basuh baju kerana ia merupakan rutin wajib dalam kehidupan seharian. Rutin basuh baju atau cuci pakaian ini kadangkala menjadi sangat sukar! Aku juga sama. Manakan tidak, dengan keadaan anak-anak yang sakan bermain membuatkan pakaian sangat kotor dan berbau. 

Bila sebut tentang cuci pakaian atau basuh baju ini, pastinya kita akan membayangkan serbuk mencuci pakaian dalam bentuk serbuk. Manakan tidak, kita sendiri sejak dulu sudah biasa dengan serbuk pencuci pakaian dalam bentuk serbuk ini. Paling menyedihkan jika terkena air, serbuk ini akan larut menjadi cecair. Rugi sangat!

Tapi, sebenarnya sabun cuci baju ini bukan saja ada dalam bentuk serbuk tetapi juga dalam bentuk kapsul. Salah satu jenama sabun basuh baju bentuk kapsul yang ku suka adalah IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule. 

Kelebihan Sabun Basuh Baju Bentuk Kapsul IT'S CLEAN

#1. Bersifat 3 dalam 1 (3 in 1)

Kenapa disebut bersifat 3 dalam 1, kerana setiap kapsul It's Clean ini menggabungkan pencuci, pelembut, dan pewangi. Dengan formula pencuci pekat, setiap 13 gram kapsul ini bersamaan dengan 100 gram serbuk pencuci. 

#2. Mampu mencuci noda kotoran degil dengan lebih baik 

Kapsul Cucian Cuci 3 In 1 ini dikembangkan khusus untuk memberikan hasil yang lebih baik. Ia dihasilkan dengan teknologi tinggi yang mampu menghilangkan noda kesan kotoran dengan lebih baik, walaupun ianya kesan kotoran yang sangat degil! 

Tekan sini untuk beli IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule

#3. Senang Guna, Mudah Simpan 

Reka bentuk "IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule" ini sangat praktikal. Sekaligus senang digunakan dan mudah untuk disimpan. 

#4. Mudah Larut Tanpa Tinggalkan Sisa (Teknologi Dari Jepun)

IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule ini bersifat membran yang sangat mudah larut di dalam air. Ia dihasilkan dengan kaedah berteknologi tinggi dari Jepun. Larutannya dalam air tidak tinggalkan sisa dan ini dapat menghasilkan cucian yang lebih bersih berbanding sebelumnya.

#5. Berbau Segar Dengan Aroma Forest 

Wangi! Memang sangat wangi! Jika mampu dihantar bau wangi ini ke sana alangkah baiknya. Terus terang sangat-sangat wangi dan menyegarkan. Lebih wangi dari pelbagai jenama serbuk pencuci pakaian yang pernah aku guna sebelum ini. Baunya juga sangat tahan lama.

#6. Menjimatkan Wang Dan Masa

Jika dulu, guna serbuk basuh baju biasa aku perlu guna 1 skop untuk sekali cucian. Selesai proses cui baju, aku perlu pula gunakan pewangi dan pelembut pakaian. Jika tidak bau pakaian kurang segar dan tidak tahan lama wanginya. Sedangkan dengan penggunaan IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule ini, hanya dengan sekali cucian semuanya sudah lengkap. 
 
 
Secara tidak ia dapat menjimatkan wang dan masa. Dapat menjimatkan penggunaan air juga kerana tidak perlu ulang proses yang sama berkali-kali. Dengan IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule ini, sekali guna kapsul sudah dapat siapkan proses cuci pakaian dari awal hingga akhir hanya dengan sekali cucian saja.
 
 
 

#7. Basuhan Lebih Mudah Tanpa Sentalan Teruk

Jika dulu mungkin kita perlu basuh dengan tangan juga apabila ada kotoran yang masih melekat. Terutama pada bahagian kolar baju tapi kini, basuhan menjadi lebih mudah. Nak guna untuk rendam seketika sebelum mula diputar oleh mesin basuh juga boleh. Alhamdulillah rendaman tidak berbau busuk walaupun dibiarkan semalaman.

Ciri-Ciri Utama IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule

1-Mudah digunakan 

2-Menghilangkan 99% bakteria 

3-8 kali kuasa pembersihan 

4-Berkesan menghilangkan noda dan kesan kotoran degil 

Kunci Keselamatan Kanak-Kanak

Lihatlah sendiri bentuk packaging untuk IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule ini. Ia sangat mudah di simpan dan dalam masa yang sama bagus untuk keselamatan. Kunci khas yang ada pada kotak bungkusannya ini, dapat mengelakkan kanak-kanak daripada membuka terus kotak tersebut. 

Cara Penggunaan 

1. Pastikan tangan kering dan terus masukkan satu kapsul pencuci ke dalam mesin. 

2. Masukkan pakaian kotor yang ingin di basuh. 

3. Setelah itu, pilih jenis basuhan dan bolehlah diputar seperti biasa.

* Disarankan cucian dalam tempoh 30 hingga 40 minit untuk hasil yang terbaik. 

Review Pengalaman Selepas Menggunakan IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule

Pendapat peribadiku sendiri, ini merupakan cara baru membersihkan pakaian dengan ditergen cair berbentuk kapsul begini. Fungsinya sangat baik kerana tak perlu lagi susah payah macam dulu. Laundry detergent berbentuk kapsul begini bukan saja senang malah menjimatkan masa juga untuk mencuci pakaian, tidak kira pakaian itu sedikit atau banyak. 

Pertama kali basuh baju guna sabun pencuci berbentuk kapsul begini untuk mencuci pakaian, ternyata benar-benar susah jatuh hati. Baunya wangi! Pakaian menjadi lembut! Masa yang perlu dihabiskan untuk mencuci pakaian juga sudah menjadi lebih pendek. 

Ternyata, sabun cuci baju cair kapsul IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule ini sangat-sangat berbaloi! Walaupun ianya hanya berbentuk kapsul dengan saiz kecil comel tapi tahap kekuatannya sangat power sekali! Bentuk packaging yang menarik sangat mudah untuk disimpan dan di bawa ke mana saja.

Tekan sini untuk beli IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule

Belum Pernah Cuba Sabun Basuh Baju Kapsul? Jom Dapatkan IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule Hari Ini!

Sejak menggunakan IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule ini, waktu mencuci merupakan detik yang best kerana dapat bau wangian floral pada pakaian yang sangat menyenangkan. Dengan adanya IT'S CLEAN 3 In 1 Laundry Capsule, tugas mencuci jadi lebih senang, cepat dan menyeronokkan.

Chat